STOR SENTRAL MENGINTAI PELUANG DI MTE 2014

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai Expo Technologi Malaysia (MTE) 2014 di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 20 hingga 22 Februari 2014. Termasuk Stor Sentral, sebanyak 15 produk UniSZA telah dipertandingkan dalam tiga (3) kategori iaitu Malaysia International Design Award, Invention and Innovation Award dan Asian Youth Innovation Awards.

 

Bagi kategori Asia Youth Innovation Award, produk hasil ciptaan Vivian Lam Shi Wei iaitu Ju Stool telah memenangi pingat emas, manakala produk ciptaan Siti Nor Safritah Sayuti iaitu Gobox, Syazwani Kasmir (Kibo Rack) dan Rabiatul Adawiyah Abu Yazid (Pelex Chair) pula berjaya memenangi pingat gangsa.

 

 

Sementara itu, produk Mynest ciptaan pensyarah FIK, Azwa Abdul Aziz berjaya memenangi pingat perak bagi kategori Invention and Innovation Award. Produk Stor Sentral ciptaan Hamdy Abdullah, I-warner hasil cipta Ahmad Nazari Mohd Rose dan Intelligent Fb Nc Controller oleh Saiful Bahri Mohamed pula telah memenangi pingat gangsa dalam kategori yang sama. Bagi Pejabat Bendahari, produk STOR SENTRAL telah dihantar untuk pengadilan. Cetusan bagi produk ini lahir daripada permasalahan iaitu kelewatan penerimaan alatulis bagi penggunaan para pengguna  UniSZA.

Untuk kategori Malaysia International Design Award, produk hasil ciptaan Amirul Fahmi Razali, iaitu My Taxi, berjaya meraih pingat perak, manakala Doodle Stool ciptaan Shahrul Anuwar Mohamed Yusof telah menang pingat gangsa.

Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan Oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia). Semoga ekspo sesperti dapat dijadikan pemangkin kepada warga UniSZA dalam menghasilkan ciptaan dan inovasi demi faedah insan.

 

 

PrintEmail