Pelajar UniSZA Terima BB1M

Kuala Terengganu: Seramai 7,819 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima bantuan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) berjumlah RM 250 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM 1,954,750.00 juta. Pejabat bendahari bertindak selaku urusetia dalam pengagihan BB1M kepada para pelajar.

 

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr Yahaya Ibrahim, berkata pemberian BB1M itu adalah bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian disamping memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya berharap pelajar dapat menggunakan BB1M ini dengan sebaiknya seperti membeli buku untuk rujukan dan bacaan dalam menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan yang berterusan.

 

“Malah, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan UniSZA bagi memastikan pelajar yang dilahirkan adalah mereka yang holisitik iaitu cemerlang dari segi akademik dan sahsiah,” katanya pada majlis Penyerahan BB1M UniSZA di Dewan Kuliah Utama pada 17 Mac 2014.

Pada majlis itu,seramai  100 pelajar menerima BB1M sebagai gimik penyerahan yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom sekaligus merasmikan majlis berkenaan Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Madya Dr Nik Wan Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman dan Pendaftar, Encik Nordin Jusoh.

            Dalam tempoh 20 hingga 23 mac 2014, pengagihan BB1M dijalankan di tiga buah kampus – Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila. Bagi pelajar pascasiswazah, tuntutan BB1M boleh dibuat di Pusat Pengajian Siswazah mulai 1 April 2014.

PrintEmail