BAUCER BUKU BR1M

Kuala Terengganu: Seramai 8,270 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima bantuan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) berjumlah RM 250. Pejabat Bendahari bertindak selaku urusetia dalam pengagihan BB1M kepada para pelajar.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr Yahaya Ibrahim, berkata pemberian BB1M itu adalah bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian disamping memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. “Saya berharap pelajar dapat menggunakan BB1M ini dengan sebaiknya seperti membeli buku untuk rujukan dan bacaan dalam menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan yang berterusan.

“Malah, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan UniSZA bagi memastikan pelajar yang dilahirkan adalah mereka yang holisitik iaitu cemerlang dari segi akademik dan sahsiah,” katanya pada majlis Penyerahan BB1M UniSZA di Dewan Kuliah Utama pada 15 Mac 2014.

Dalam tempoh 16 hingga 18 Mac 2014, pengagihan BB1M dijalankan di tiga buah kampus – Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Tembila. Bagi pelajar pascasiswazah, tuntutan BB1M dibuat di Pusat Pengajian Siswazah mulai 24 Mac 2015.


PrintEmail