ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG 2014

139 KAKITANGAN UNISZA TERIMA APC 2014

Kuala Terengganu: Seramai 139 kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim pada majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2015 di Dewan Gymnasium, semalam. Penerima APC daripada Pejabat Bendahari adalah En. Wan Ahmad Rifaie bin Wan Omar, Pn. Rokiah binti Mohamad, En. Badrul Hisham bin Abdullah, Pn. Yusmaliza binti Ismail dan En. Anuar bin Awang.

          

Antara penghargaan lain yang turut disampaikan termasuk Anugerah Pensyarah Tamat Doktor Falsafah (PhD) dalam tempoh, Anugerah Kumpulan Inovatif Kreatif serta Anugerah Intensif Inovasi yang dimenangi Prof Dr Lua Pei Lin, Dr Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, Azrul Amri Jamal, Addy Putra Md Zulkifli dan Norshazila Shahidan. Staf Pejabat Bendahari juga turut menerima Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada majlis tersebut.

Pada majlis itu juga, Prof Datuk Dr Yahaya telah menerima Anugerah Ganjaran Penerbitan yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA), Prof Mady Dr. Nik Wan Omar.

Turut menerima anugerah berkenaan adalah Prof Dr. Mahadzirah Mohamad, Prof Dr. Mohd Ekhwan Toriman, Prof Dr. Mustafa Mamat, Prof Madya Dr. Azizah Endut, Prof. Madya Dr. Hafizan Juahir, Dr. John Tang Yew Huat, Prof Madya Dr. Nanthakumar A/L Loganathan, Prof Madya Dr. Mohd Asbur Rashid dan Dr. Mohammad Moneruzzaman Khandaker.                                                                              

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

PrintEmail