MESYUARAT BENDAHARI-BENDAHARI UNIVERSITI AWAM (MBBUA) BIL. 1/2017 (KALI KE-79)

 

 

KUALA NERUS - UniSZA khasnya Pejabat Bendahari UniSZA telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Bendahari-Bendahari Universiti Awam (MBBUA) Bil1/2017 (kali ke-79) pada 11 Januari 2017 di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus. Keahlian MBBUA dianggotai oleh kesemua 20 universiti awam Malaysia yang merupakan platform utama kepada bendahari-bendahari berkongsi kepakaran, pengalaman serta membina rangkaian dalam memantapkan pengurusan kewangan sesebuah universitiawam.  Mesyuarat ini juga membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan serta bertindak sebagai pemudah cara antara KPT dan universiti awam dalam perkara yang menyentuh hal ehwal pengurusan kewangan kedua-dua pihak. Ini merupakan kali kedua UniSZA menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini sejak penubuhannya pada tahun 2006. MBBUA berkenaan dipengerusikan oleh Puan Haliza Harun Bendahari Universiti Malaya sementara UniSZA diwakili oleh bendaharinya Prof Madya Ariza Ibrahim. Pada malam 10 Januari 2017,ahli-ahli mesyuarat telah diraikan dalam satu majlis makan malam sebagai tanda penghormatan atas pemilihan UniSZA sebagai tuan rumah. Pemilihan kali ini yang membuka tirai tahun2017 amat bermakna dan bertepatan dengan ‘Visit Beautiful Terengganu Year 2017’.  Majlis makan malam di Laman Santai Gamelan Warisan Sari diserikan lagi dengan persembahan kesenian Warisan Terengganu iaitu tarian dan muzik gamelan serta nyanyian lagu-lagu rakyat Terengganu.

Sesi mesyuarat pula berlangsung di Dewan Senat Kampus Gong Badak pada pagi keesokan harinya dengan membincangkan isu-isu berkaitan termasuk kemampanan kewangan universiti awam serta penjanaan pendapatan selain daripada isu-isu teknikal dalam pengurusan kewangan. Program diakhiri dengan jamuan makan tengaharidan ramah mesra dengan staf Pejabat Bendahari UniSZA. Suasana harmoni dan keakraban sesama Bendahari Universiti Awam jelas dilihat sepanjang program berlangsung.

 

 

Print