BENGKEL PENJANAAN PENDAPATAN 2017

 

KUALA NERUS - Pejabat Bendahari dan Pejabat Pendaftar UniSZA telah menganjurkan secra bersama Bengkel Penjanaan Pendapatan 2017 pada 4 hingga 5 Januari 2017. Bengkel ini merupakan bengkel tahunan yang telaj dilaksanakan sejak 3 tahun yang lalu yang melibatkan Pusat-pusat Tanggungjawab UniSZA bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, bengkel ini telah dirasmikan oleh ahli Lembaga Pengarah Universiti iaitu Y.Bhg. Dato' Wan Ismailbin Wan Jusoh yang juga pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Pelaburan UniSZA dan dihadiri juga oleh naib canselor UniSZA Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif.

 

Matlamat bengkel ini adalah untuk menyediakan platform kepada wakil pusat tanggungjawab bertukar pandangan dengan Ahli Jawatankuasa Penjanaan Pendapatan berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PTj. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk membuat unjuran pendapatan melalui program-program bagi tahun 2017. PTj-PTj diberi peluang membentangkan cadangan projek penjanaan pendapatan untuk 2017yang mana ianya dinilai serta diberi pandangan penambahbaikan oleh panel yang dilantikkhas selain daripada sesama peserta bengkel. Panel yang terlibat adalah terdiri daripada staf UniSZA yang berkepakaran iaitu Prof. Dr. FazliAdam, Prof. Madya Dr. Fakhrul Anwar Zainol, Dr. Mutia Sobihah Abd Halim, En. Salman Lambak dan Encik Safrul Izani Mohd Salleh. Ahli-ahli bengkel juga sangat teruja serta bertuah kerana Y.Bhg. Dato' Wan Ismailbin Wan Jusof turut mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan dengan berkongsi pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam dunia perniagaan. Beliau juga memberikan input yang berguna dalam memantapkan cadangan yang dibentang oleh PTj.

Secara tidak langsung program sebegini memberi peluang kepada ahli LPU sama-sama turun padang dan berinteraksi dengan warga universiti. UniSZA sangat bertuah kerana mempunyai ahli LPU yang sangat komited serta aktif dalam aktiviti universiti. Penjanaan pendapatan merupakan strategi utama UniSZA bagi mengurangkan kebergantungan kepada geram mengurus yang diterima setiap tahun. Bengkel merupakan kali ketiga dianjurkan dan merupakan agenda tahunan Pejabat Bendahari.

 

Print