LAWATAN SETIAUSAHA KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI) KE UniSZA

LAWATAN SETIAUSAHA KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PENDIDIKAN TINGGI) KE UniSZA

 

25 Julai 2018, UniSZA berbesar hati menerima kunjungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Haji Kamaruzaman Mahmood, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Puan Salasiah Yusop dan Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Encik Muhammad Abdullah Bakar.

Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau bangunan-bangunan asrama dan blok kuliah yang usang yang perlu dibaikpulih. Pihak UniSZA berterima kasih di atas keprihatinan pihak Kementerian dan kesediaan untuk membantu UniSZA dalam menyediakan fasiliti yang selamat dan selesai kepada pelajar.

Turut mengiringi kunjungan, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad, Pendaftar, Encik Ismail Ahmad, Bendahari, Puan Shakimah Endut, Penasihat Undang-Undang, Prof. Zuhairah Ariff Abd Ghadas dan Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman.

 

   

  

 

 

 

Print