Pembayaran Yuran Melalui BIMB

Kaedah Pembayaran Yuran Melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Pembayaran Yuran Di Kaunter BIMB

Menjelaskan bayaran yuran dengan menggunakan Slip Pembayaran Bil BIMB (tanpa logo UDM) yang boleh didapati di semua cawangan BIMB di seluruh negara dengan mengisi maklumat yang lengkap seperti NAMA PELAJAR, NO MATRIK dan NOMBOR AKAUN YURAN PENGAJIAN 13017010081964.

Kemudahan Pembayaran Yuran Pengajian Melalui ATM Bank Islam

Pembayaran yuran pengajian juga boleh dibuat melalui mesin ATM Bank Islam di mana-mana cawangan Bank Islam di dalam negara. Para pelajar yang ingin melihat dan mencetak Penyata Kewangan perlu melayari Portal Pelajar (Langkah Menyemak Penyata Kewangan Pelajar Secara Online). Pelajar yang berhutang tidak akan dibenarkan untuk mendaftar pada semester hadapan dan mendapatkan keputusan peperiksaan bagi semester sebelumnya.
Pelajar yang mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Penyata Kewangan boleh berhubung dengan kakitangan Bahagian Kewangan Pelajar di talian 09-6653023/3018/3016.

PrintEmail