Makluman Mengenai Tabung Perlindungan Dan Kebajikan Pelajar

Tabung Perlindungan Dan Kebajikan Pelajar

Rujukan :
BUKU PANDUAN PRASISWAZAH
Sesi Akademik 2010/2011
Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Sultan Zainal Abidin

Petikan daripada mukasurat 178 :
7.4.18   TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
a) Tiap-tiap pelajar dikehendaki menyumbang sebanyak RM30.00 setiap semester. Tujuan tabungan ini adalah  untuk membantu aktiviti kewangan dan kebajikan pelajar.
b) Di antara perkhidmatan kebajikan yang ditawarkan ialah seperti berikut :-

 

Pinjaman Peribadi

 

(Dana Makan/minum)

 

 

RM500 : 1 semester

(Pinjaman hendaklah melalui 3 kali urusan)

Contoh :

Pinjaman 1 : RM200.00

Pinjaman 2 : RM200.00

Pinjaman 3 : RM100.00

 

 

Masuk Wad

 

RM20.00 (Sumbangan /Ziarah)

** Dalam semester kuliah sahaja dan hanya di         Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu sahaja.

 

 

Kematian ibu/bapa

 

 

RM300.00 (Khairat Kematian)

 

Kematian Pelajar

 

 

RM1,000.00 (Khairat Kematian)

** Sumbangan-sumbangan lain adalah tertakluk kepada penilaian pengurusan terhadap kes yang dirujuk.

 

5.3 MAKLUMAT TABUNG PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR

Dalam usaha menentukan aspek kebajikan mahasiswa/i terpelihara, maka  UniSZA juga menyediakan kemudahan dan bantuan kewangan seperti berikut : -
   
i)  Kebajikan Pelajar:

    a)  Kematian pelajar (kemalangan)                  RM 5,000.00
         Kematian Pelajar (bukan kemalangan)       RM 5,000.00

    b)  Khairat kematian                                        RM 1,000.00

    c)  Jika masuk wad di Hospital Kerajaan, bayaran wad akan ditanggung oleh pihak UniSZA (untuk bayaran  wad  sahaja) sehingga 25 malam dengan menyertakan surat jaminan daripada Bahagian  hal Ehwal Pelajar dan Alumni

    d)  Kes-kes khas seperti banjir/kebakaran
         Kemalangan bergantung pada pertimbangan dan penilaian jawatankuasa berdasarkan pada kes

    e)  Khairat Kematian ibu/bapa (sila isi borang di pejabat HEPA dan lampirkan sijil kematian ibu/bapa)        RM 300.00

     f)  Sumbangan ziarah pelajar masuk wad (sila isi borang di pejabat HEPA)                                               RM 20.00

ii)  Perlindungan Pelajar :

     Manfaat Takaful Berkelompok semua mahasiswa/i UniSZA dilindungi Skim ETIQA dengan manfaat berikut :

      a)    Kematian (kemalangan)                         RM20,000.00

      b)    Keilatan kekal (akibat kemalangan)        RM20,000.00

      Mahasiswa/i dikehendaki membayar RM20.00 untuk skim perlindungan sebanyak 1 kali setahun dan RM30.00 untuk Tabung Kebajikan 1 kali sesemester.

iii)  Pinjaman Dana Makan/minum pelajar sebanyak RM500.00 satu semester berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh HEPA.

PrintEmail