Soalan Lazim Pelajar

S : Berapakah jumlah sebenar pembiayaan PTPTN yang pelajar perolehi?

J : Pihak Bendahari tidak dimaklumkan oleh PTPTN tentang jumlah sebenar yang diperolehi oleh pelajar. Oleh yang demikian, para pelajar perlu berurusan secara terus kepada pihak PTPTN sekiranya terdapat sebarang permasalahan.

Pihak Bendahari hanya akan menghantar jumlah yuran atau hutang tertunggak kepada PTPTN akan tetapi sekiranya didapati jumlah amaun yang dimasukkan ke dalam akaun para pelajar tidak mengambil kira yuran atau hutang yang tertunggak, diminta pelajar membayar sendiri menggunakan Slip Pembayaran Bil BIMB yang boleh didapati di kaunter Jabatan Bendahari atau di mana-mana cawangan BIMB seluruh negara.

 

S : Kenapa pelajar ditahan daripada membuat pendaftaran kursus melalui Portal Pelajar?

J : Pelajar boleh menyemak atau mencetak penyata kewangan melalui Portal Pelajar dengan melawati laman web http://www.sentral.udm.edu.my/ dan perlu menjelaskan yuran tertunggak dan yuran semasa pengajian. Pihak universiti akan menahan keputusan peperiksaan pelajar selagi yuran tertunggak dan yuran semasa pengajian tersebut belum dijelaskan dan pelajar tidak dapat membuat pendaftaran kursus melalui internet untuk semester berikutnya.

Bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian dan akan graduat, pihak universiti akan menahan keputusan peperiksaan akhir semester, transkrip keputusan peperiksaan dan skrol ijazah selagi pelajar belum menjelaskan yuran / pinjaman dana makan minum / denda atau apa juga bayaran yang dikenakan kepada pelajar.

 

S : Berapa lama masa yang diambil untuk memproses pembayaran dana atau tuntutan kepada pelajar ?

J : Bagi pelajar di bawah tajaan PTPTN, diharap pelajar berurusan terus dengan pihak PTPTN kerana pembayaran dana dibuat terus ke akaun pelajar oleh pihak PTPTN. Bagi penaja KPM atau penaja yang membayar melalui Bendahari, pihak Bendahari akan membuat pembayaran dalam masa lima (5) hari selepas baucer dan senarai pembayaran yang lengkap diterima daripada penaja.

 

S : Bagaimana pelajar boleh menyemak hutang pengajian?

J : Pelajar boleh menyemak atau mencetak penyata kewangan melalui internet dengan melawati laman web http://www.sentral.udm.edu.my/ dan pelajar juga boleh membuat semakan dengan kakitangan Bahagian Kewangan Pelajar di Kaunter Jabatan Bendahari.



S : Bagaimanakah cara sekiranya pelajar ingin membuat bayaran selepas waktu pejabat?

J : Pelajar boleh membuat pembayaran melalui Mesin ATM dimana-mana Cawangan BIMB yang terdekat.

PrintEmail