Boling KEJARI 2013

Penganjuran Boling KEJARI 2013 boleh disifatkan aktiviti yang paling berjaya yang pernah diadakan oleh Pejabat Bendahari. Ini memandangkan program tersebut mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Pada kejohanan tersebut sebanyak 8 kumpulan dibentuk bagi pertandingan boling tersebut.

 

Pada Kejohanan tersebut Juara Boling KEJARI 2013 dimenangi oleh Kumpulan 5 yang dianggotai oleh Wan Saiful Kudri bin Che Wan Ahmad, Ahmad Muhsin bin Muda dan Yusmaliza binti Ismail.

Kejohanan ini dapat mengeratkan tali silaturahim dikalangan staf dan keluarga staf. Galeri menunjukkan gambar-gambar pada kejohanan tersebut.

Print