Dari Meja Bendahari

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan Pejabat Bendahari membangunkan laman web baru. Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara Pejabat Bendahari dan para pelanggan.
 
Tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai medium rujukan pelanggan mengenai perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Pejabat Bendahari UniSZA. Ini adalah sejajar dengan visi Jabatan untuk menjadi peneraju pengurusan kewangan Universiti yang bitara serta memberi perkhidmatan kewangan dan perakaunan terunggul dalam merealisasikan visi dan misi Universiti.
 
Pejabat Bendahari menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pelanggan yang terdiri daripada pelbagai stakeholders. Kami beriltizam untuk menjadi sebuah jabatan yang bitara dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti secara berterusan dan berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
 
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini, kakitangan Pejabat Bendahari turut mempunyai kompetensi yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan ICT.
 
Pejabat Bendahari akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan memperkenalkan lebih banyak inovasi untuk memudahkan urusan pelanggan. Pihak kami amat mengharapkan maklumbalas berguna daripada para pelanggan berhubung perkhidmatan yang diberikan.
 
Akhir kata, Pejabat Bendahari akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Saya berharap warga Pejabat Bendahari dapat memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan Pejabat Bendahari akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan kewangan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Sekian.
 
“Ilmu dan Akhlak”
 
Pn. Hajah Shakimah binti Endut
Bendahari UniSZA

PrintEmail