STOR SENTRAL ke PECIPTA 2013

Penyertaan kali kedua Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2013 (PECIPTA) telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana UniSZA telah berjaya meraih satu emas, satu perak dan lapan gangsa. PECIPTA 2013 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 9 November 2013 telah menerima penyertaan sebanyak 506 produk  inovatif termasuk 30 dari universiti luar negara. UniSZA telah menghantar penyertaan bagi 11 produk untuk dibuat penilaian.

Pingat emas untuk UniSZA telah berjaya diraih oleh Malaysian Train yang diketuai Pn. Nor Aida Binti Mahiddin (Fakuti Informatik &Komputeran) manakala pingat perak  telah diraih oleh Iqra’ Tube yang diketuai oleh En. Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris (Fakuti Informatik & Komputeran). Manakala pingat gangsa telah diraih bagi produk-produk dari Fakuti Informatik & Komputeran, Fakulti Rekabentuk dan Teknologi Kejuruteraan dan Pejabat Bendahari. 

Bagi Pejabat Bendahari, produk STOR SENTRAL telah dihantar untuk pengadilan. Cetusan bagi produk ini lahir daripada permasalahan iaitu kelewatan penerimaan alatulis bagi penggunaan para pengguna  UniSZA.

PECIPTA 2013 yang bertemakan " Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Ke Arah Pengkomersilan ", telah dianjurkan bersama oleh Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Semoga penyertaan UniSZA ke persidangan dan ekspo seperti ini dapat menyemarakkan budaya  kreatif dan inoivatif di kalangan warga UniSZA. Sekalung tahniah buat UniSZA!

 Galeri laman web telah merakamkan peristiwa sepanjang keberlangsungan persidangan dan ekspo tersebut

 

PrintEmail