KURSUS DAN LATIHAN PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN - 2013

Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah mengadakan Kursus dan Latihan Persediaan Menduduki Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) dengan jayanya. Kursus tersebut telah diadakan pada 02 – 09 Disember 2013 di Bangunan Akademik, Kampus Gong Badak. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan keyakinan calon-calon peperiksaan dalam menghadapi peperiksaan BITK yang berlangsung pada 10 Disember 2013.

 

 Dalam merealisasikan tanggungjawab ini, kursus yang dianjurkan telah dijalankan seperti mana berikut:-

Bil.

Perkara

Tarikh

1

Pengurusan Hasil

2 Disember 2013

2

Pengurusan Aset dan Stor

3 Disember 2013

3

Pengurusan Terimaan

4 Disember 2013

Pengurusan Pembayaran

4

Pengurusan Bayaran Emolumen

5 Disember

5

Pengurusan Kewangan Am

8 Disember 2013

Pengurusan Akaun

Sistem Perakaunan Mikro

6

Kawalan Bajet

9 Disember 2013

Pengurusan Perolehan

 

Secara amnya, Peperiksaan BITK merupakan peperiksaan tahunan yang diambil oleh kakitangan yang berkelayakan untuk mendapatkan bayaran BITK sebanyak RM80 sebulan.UniSZA mempunyai seramai 53 orang kakitangan yang berkelayakan untuk mendapatkan bayaran BITK sebanyak RM80. Untuk tahun 2013 seramai 23 orang kakitangan UniSZA telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Semoga kursus seperti ini dapat diteruskan demi meningkatkan keyakinan calon-calon dalam menghadapi peperiksaan. Selamat maju jaya!

 

 

PrintEmail